China hantar pakar, peralatan perubatan bantu Itali

Pakar perubatan China dan lebih 17 tan peralatan perubatan berlepas ke Milan untuk membantu Itali. Foto Sumber Internet
Pakar perubatan China dan lebih 17 tan peralatan perubatan berlepas ke Milan untuk membantu Itali. Foto Sumber Internet
A
A
A

SHANGHAI - Penerbangan sewa khas yang membawa 12 pakar perubatan China serta lebih 17 tan peralatan perubatan berlepas ke Milan hari ini, untuk membantu Itali yang sedang bertungkus-lumus memerangi wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Xinhua.

Dikendalikan China Eastern Airlines, penerbangan itu berlepas kira-kira jam 11.26 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong dan dijadual tiba di Milan pada 4.31 petang ini waktu tempatan.

Pakar itu datang dari beberapa hospital serta pusat kawalan dan pencegahan penyakit di wilayah Zhejiang, timur China.

Peralatan itu termasuk ubat-ubatan, kelengkapan perlindungan serta alatan yang digunakan di unit rawatan rapi seperti ventilator dan monitor.

- Bernama

Artikel Berkaitan: