Program Bicara Minda bersama Tok Mat ditunda

Poster program Bicara Minda bersama Mohamad yang sepatutnya berlangsung lusa.
A
A

SHAH ALAM - Program Bicara Minda Sinar Harian di Dewan Kumpulan Media Karangkraf, di sini, Rabu ini terpaksa ditunda pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pembatalan tersebut dilakukan selepas Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan terpaksa menarik diri disebabkan faktor kesihatan.

Program yang sepatutnya disiarkan secara langsung bermula jam 11 pagi hingga 1 petang itu akan menyentuh topik-topik panas melibatkan Umno dan senario politik semasa negara.

Sehubungan itu, pihak Sinar Harian ingin memohon maaf kepada semua pembaca Sinar Harian dan penonton SinarTV yang sentiasa memberikan sokongan terhadap program tersebut.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia