Covid-19: UPKO tangguh pelancaran penjenamaan semula parti

Madius Tangau
Madius Tangau
A
A
A

KOTA KINABALU - Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis pelancaran penjenamaan semula dan sambutan ulang tahun parti itu yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.

Presidennya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, penangguhan itu adalah sebagai langkah prihatin parti untuk menghindari penularan wabak Covid-19 yang terus menunjukkan peningkatan di negara ini termasuk Sabah.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, pihaknya akan mengumumkan satu tarikh baharu kelak.

"Kita memahami dan mengambil berat terhadap kebajikan ahli UPKO, Keputusan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan tiada penularan wabak dalam kalangan ahli.

"Pada masa sama, penangguhan ini juga seiring dengan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa mulai hari ini hingga 31 Mac meliputi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya," katanya dalam kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bermula 18 Mac

Madius yang jugamenasihatkan semua pihak supaya terus berwaspada dan sentiasa menjaga kebersihan diri serta mematuhi arahan pihak berwajib dalam memerangi penularan wabak Covid-19.- Bernama

Artikel Berkaitan: