X

Kindly register in order to view this article
!

Aku tau dia sakit, tapi tak pernah sekali pun aku hebahkan - Amyza Aznan

FOTO: Instagram Amyza Aznan
A
A

PELAKON Amyza Aznan meluahkan rasa sedih atas pemergian sahabat baiknya, Mya Matahari yang meninggal dunia hari ini.

Menurut Amyza menerusi perkongsian di Instagramnya sebentar tadi, dia telah lama mengetahui tentang penyakit yang dideritai Mya, namun merahsiakan tentang perkara tersebut atas permintaan arwah.

“Al Fatehah buat sahabat ku, Mya Ruslee. Aya!!!!!!!! rahsia itu tetap aku simpan hingga akhir hayat mu. Amanah dari kau sahabat ku.

“Aku tau dia sakit, tapi tak pernah sekali pun aku hebahkan atas dasar Amanah. Semoga ada rezeki dan ruang untuk kami melihat jenazahmu buat kali akhir. Al Fatihah.

Mya Matahari atau turut dikenali sebagai Mya Ruslee mengejutkan dunia hiburan hari ini apabila dilaporkan meninggal dunia akibat kanser.

Penyanyi dan pelakon itu sebelum ini tidak pernah berkongsi tentang penyakit yang dihidapi kepada umum.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!