Mya Matahari meninggal dunia

Mya Matahari
Mya Matahari
A
A
A

PENYANYI dan pelakon, Mya Matahari dilaporkan meninggal dunia akibat kanser, hari ini.

Difahamkan Maya atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee, 44, menderita penyakit tersebut sejak setahun lalu, namun merahsiakan daripada pengetahuan ramai.

Sebelum ini penyanyi lagu Matahari itu pernah mendapatkan rawatan di China dalam usaha untuk mengubati penyakitnya itu.

Berita pemergian Mya dikongsikan beberapa rakan artis termasuk Haiza dan Ieda Moin.

Mya menceburi bidang seni pada pada tahun 1995 menerusi album pertamanya, Matahari. Lagu berjudul Matahari telah melonjak nama Maya yang kemudiannya terus dikenali dengan nama Maya Matahari sebelum menukar ejaan namanya kepada Mya.

Selain itu Mya turut aktif dalam bidang lakonan dan pernah membintangi filem Gemerlapan pada tahun 1997. Diikuti dengan lakonan pentas dan beberapa sitkom televisyen.

Nama Mya kembali menjadi menjadi perhatian selepas menyertai program Gegar Vaganza musim kelima dan kemudiannya bergelar penyampai radio Best FM.

Maya pernah berkahwin dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009, sebelum berpisah pada Ogos 2015 tanpa memiliki cahaya mata.

Artikel Berkaitan: