PH saran hadkan pembelian barangan keperluan asas

PH saran kerajaan laksana had pembelian barangan keperluan asas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
PH saran kerajaan laksana had pembelian barangan keperluan asas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan disaran melaksanakan had pembelian barangan keperluan asas sepanjang tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula hari ini.

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu wajar dipertimbangkan kerana mengambil maklum isu barangan keperluan pada waktu kawalan dilaksana terutama berkait pembelian secara panik, pencatutan serta stok barangan keperluan asas di pasar raya.

"Kita faham kegusaran dan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia pada ketika ini lebih-lebih lagi dalam suasana pelaksanaan sekatan yang baru dimulakan hari ini.

"Jadi kita berpandangan dalam keadaan sekarang ini, kerajaan tidak boleh berlengah dan perlu segera menghadkan pembelian barang keperluan asas di pasar raya dan sebagainya untuk menjamin keselamatan makanan serta kuantiti mencukupi bagi semua yang memerlukan," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, had pembelian sesuatu barangan boleh dikuatkuasakan dengan dua kaedah.

"Kaedah pertama di mana pasar raya boleh mengenakan had pembelian sesuatu produk ketika kempen jualan murah atau kaedah kedua melalui penguatkuasaan had pembelian dengan kuasa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Artikel Berkaitan: