Agong perkenan terima menghadap Muhyiddin

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk Mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Melawati Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk Mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Melawati Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Melawati di sini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, mesyuarat pra-Kabinet pada hari ini merupakan sesi julung kali Seri Paduka bersama Muhyiddin sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac.

“Mesyuarat tersebut berlangsung selama lebih 45 minit di Istana Melawati, Putrajaya, mulai jam 8 pagi. Kedua-dua pemimpin kelihatan mesra dan penuh teliti ketika sesi pertama berlangsung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat mengenai isu-isu semasa bersama Perdana Menteri.

“Pada tahun lalu, Seri Paduka Baginda telah berkenan berangkat menghadiri sejumlah 36 mesyuarat pra-Kabinet. Manakala pada tahun ini (sehingga 12 Februari) sejumlah enam mesyuarat pra-Kabinet,” katanya. -Bernama

Artikel Berkaitan: