Malaysia faham alasan Singapura tangguh JMCIM

Saifuddin (tengah) menyaksikan penyerahan jawatan daripada bekas wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) Edmund Bon Tai Soon kepada wakil negara ke AICHR yang baharu Eric Paulsen (kiri) di Wisma Putra hari ini. - Foto Bernama
Saifuddin (tengah) menyaksikan penyerahan jawatan daripada bekas wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) Edmund Bon Tai Soon kepada wakil negara ke AICHR yang baharu Eric Paulsen (kiri) di Wisma Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia memahami alasan yang diberikan Singapura untuk menangguhkan Mesyuarat Jawankuasa Bersama Menteri Bagi Iskandar Malaysia (JMCIM), kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

"Kami memahami sebab (penangguhan) itu,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Saifuddin berkata demikian kepada pemberita berhubung penangguhan JMCIM itu selepas mengumumkan Eric Paulsen sebagai wakil Malaysia yang baharu ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) bagi penggal 2019-2021 di Wisma Putra di sini hari ini.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Singapura hormati inisiatif Azmin adakan lawatan ]

JMCIM itu sepatutnya berlangsung hari ini namun dilaporkan Singapura menerusi nota diplomatik bertarikh 11 Januari mahu mesyuarat itu ditangguhkan kerana Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian didakwa menceroboh perairan Singapura pada 9 Jan semasa lawatan ke pelabuhan Johor Bahru.

Osman bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak menceroboh ke perairan Singapura dan apa yang beliau lakukan hanyalah untuk melihat pasukan keselamatan Malaysia melaksanakan tugas mereka.

Saifuddin berkata, tarikh baharu JMCIM akan ditetapkan kemudian.

Katanya beliau juga akan bertemu Osman susulan penangguhan JMCIM itu.

Artikel Berkaitan:

Apa yang penting, katanya Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tetap menemui rakan sejawatannya dari Singapura, Lawrence Wong dan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishan hari ini untuk membincangkan isu hubungan dua hala yang lain dari JMCIM.

"Ada banyak isu antara Malaysia dan Singapura. Kami memikirkan masa hadapan," kata Saifuddin. - Bernama