MITI beroperasi secara dalam talian

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensi di bawahnya akan beroperasi secara dalam talian sepanjang tempoh 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini sehingga 31 Mac depan.

Bagaimanapun, MITI dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan penting tetap beroperasi seperti biasa.

"Perkhidmatan penting itu termasuk pengesahan Sijil Asal (COO) yang akan dilakukan secara fizikal di Menara MITI mulai jam 9 pagi hingga 1 petang setiap hari kecuali pada hujung minggu.

"Perkhidmatan lain seperti permohonan untuk permit import (AP), Strategic Trade Act (STA) permit, geran dan kemudahan berkaitan akan dilakukan secara dalam talian," katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan, komuniti perniagaan dan pemain industri disaran mendapatkan maklumat berkaitan kementerian itu dan agensi di bawahnya melalui Facebook rasmi MITI 'MITI & Agencies Hotline’, group page dan menerusi WhatsApp di talian +6012-6072750.

"MITI tetap komited memudahkan pemain industri menghadapi cabaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dan untuk maklumat lain boleh e-melkan kepada covid19sec@miti.gov.my," katanya.

Artikel Berkaitan: