RM120 juta bantu 33,000 pekerja cuti tanpa gaji

Mohamed Azmin menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kerajaan akan memberi bantuan kepada 33,000 pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana penularan Covid-19. Gambar kanan: Mohamed Azmin
Mohamed Azmin menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kerajaan akan memberi bantuan kepada 33,000 pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana penularan Covid-19. Gambar kanan: Mohamed Azmin
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 33,000 pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) bakal menerima bantuan daripada kerajaan yang keseluruhannya berjumlah RM120 juta.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu diambil selepas mesyuarat dan penelitian terhadap masalah yang dihadapi rakyat.

"Kerajaan bersetuju memberikan bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji susulan penularan wabak tersebut.

"Mereka yang layak menerima bantuan ini ialah pekerja yang diberi notis tanpa gaji bermula 1 Mac 2020 dan layak kepada pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan," katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumunkan bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan akan diberikan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji susulan penularan wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Bantuan RM600 kepada pekerja terpaksa mengambil cuti tanpa gaji

Artikel Berkaitan: