Bekalan makanan mencukupi di Singapura

Singapura menyediakan pilihan kepada syarikat untuk memberikan penginapan sementara kepada rakyat Malaysia yang bekerja di negara itu. - Foto AFP
Singapura menyediakan pilihan kepada syarikat untuk memberikan penginapan sementara kepada rakyat Malaysia yang bekerja di negara itu. - Foto AFP
A
A
A

SINGAPURA - Singapura mempunyai stok mencukupi di peringkat nasional dan turut mempunyai rancangan untuk menghadapi gangguan bekalan dari Malaysia selepas ia mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19), menurut Menteri Perdagangan dan Industri, Chan Chun Sing hari ini.

Chung Sing memaklumkan tidak semua butiran boleh diperoleh pada ketika ini, namun Singapura sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia tentang perkara itu.

“Segelintir rakyat Singapura bimbang dengan bekalan makanan dan barangan penting. Selain itu, banyak syarikat yang mempunyai pekerja warga Malaysia juga khuatir Perintah Kawalan Pergerakan itu akan menjejaskan operasi mereka.

“Untuk pengetahuan ramai, gangguan bekalan dari Malaysia adalah salah satu senario kontingensi yang telah kami rancangkan selama beberapa tahun. Pelan tersebut diuruskan melalui gabungan stok, pengeluaran tempatan dan mempelbagaikan sumber bekalan kami ke luar negara,” ujarnya.

Tambahnya, kombinasi stok dan pengeluaran itu memberi tempoh kepada Singapura untuk mencari bekalan alternatif jika garis bekalan biasa terganggu.

“Bekalan di negara ini mencukupi selagi rakyat Singapura berbelanja dengan berhemah dan membuat sedikit penyelarasan terhadap pilihan mereka.

Saya memahami rasa bimbang dan takut yang dialami sebahagian penduduk berikutan ancaman Covid-19 yang semakin meningkat. Kita boleh menghadapi situasi ini dengan kekuatan komuniti,” katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan: