Barangan asas masih ada, pengguna tak buat pembelian panik

Seorang pengunjung melihat minyak botol yang penuh dirak pameran.
Seorang pengunjung melihat minyak botol yang penuh dirak pameran.
A
A
A

SEREMBAN- Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai esok sehingga 31 Mac ini, orang ramai dilihat memenuhi pasar raya sekitar daerah ini bagi membeli barangan keperluan.

Bagaimana pun, berdasarkan tinjauan Sinar Harian disalah sebuah pasar raya terkemuka mendapati, kebanyakan barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak, tepung, telur dilihat masih penuh di atas rak.

Salah seorang pengunjung, Suhaina Ariffin, 32 berkata, dia datang ke pasar raya itu untuk membeli barangan dapur yang sudah habis selain perlu mendapatkan barangan keperluan untuk menyediakan tempahan makanan pelanggan pada Jumaat ini.

Suhaina
Suhaina

"Setakat ini, kebanyakan barangan keperluan asas masih ada cuma orang ramai mula memenuhi ruang pasar raya ini.

"Saya bukan membuat pembelian panik, kerana pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian masih dibuka," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia mengambil langkah berjaga-jaga dan mengambil maklum terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Rakannya, Aminah Arsyad, 42 pula berkata, dia ke pasar raya tersebut untuk membeli barangan keperluan harian seperti beras dan beberapa barangan kering yang lain.

Artikel Berkaitan:

Aminah
Aminah

"Saya bukan membuat pembelian panik tetapi ini merupakan rutin bulanan menambah barangan dapur yang sudah habis," katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati barangan seperti beras, gula, minyak masak, sardin dalam tin, tepung gandum dan beberapa lagi barangan lain yang disenaraikan oleh pasar raya tersebut dihadkan pembelian sebanyak dua unit untuk setiap pelanggan sementara waktu ini.

Beras antara barangan yang penuh dirak.
Beras antara barangan yang penuh dirak.



Gula yang masih mempunyai stok mencukupi.
Gula yang masih mempunyai stok mencukupi.

Dalam pada itu, berdasarkan notis dipamerkan, topeng muka dan hand sanitizer di pasar raya berkenaan sudah tiada stok.

Notis mengenai face mask dan hand sanitizer.
Notis mengenai face mask dan hand sanitizer.

Perkembangan sama, seorang peniaga kedai runcit, Che N Intan Zainol, 42 berkata, kedai runcitnya di Kampung Indah, Bahau dibuka seperti biasa dan penduduk setempat tidak membuat pembelian panik setakat ini.

Kedai runcit Intan dibuka seperti biasa.
Kedai runcit Intan dibuka seperti biasa.

"Barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, telur, susu, tepung gandum masih mencukupi," katanya.