X

Kindly register in order to view this article
!

Bapa didenda RM10,000 dera anak lelaki

A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didenda RM10,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana mendera anak lelakinya.

Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman denda itu terhadap bapa berumur 38 tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja melakukan penderaan ke atas kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun sehingga menyebabkan kecederaan iaitu kesan bengkak dan luka di bahagian atas matanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Klang Lama di sini, pada jam 7 malam, 4 Januari lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad memohon hukuman setimpal mengambil kira kecederaan dan trauma yang dialami mangsa manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana ia kesalahan pertamanya dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!