Mydin, Jaya buka operasi lebih awal bagi warga emas, OKU

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pasar raya besar Mydin akan membuka operasi mereka setengah jam lebih awal bermula esok bagi warga emas dan orang kurang upaya (OKU) susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Mydin Mohamed Holdings Bhd dalam hantaran di laman Facebooknya berkata, pasar raya besar itu akan dibuka bermula jam 7.30 pagi dan lorong pembayaran khas akan disediakan bagi kumpulan tersebut.

“Kakitangan juga akan bersiap sedia bagi membantu golongan istimewa ini,” katanya itu.

Sementara itu, Jaya Grocer juga akan membuka operasinya setengah jam lebih awal setiap hari bagi pelanggan warga emas dan penjaga mereka bermula esok sehingga 31 Mac.

“Kami memperkenalkan waktu operasi khas bermula dari jam 9.30 pagi di semua cawangan bagi pelanggan warga emas dan penjaga mereka.

“Inisiatif ini adalah untuk memastikan mereka yang memerlukan boleh membeli barangan keperluan harian mereka dalam persekitaran yang selamat tanpa sebarang kebimbangan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: