X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 29 Januari 2022

Solat Jumaat diganti solat Zuhur: Sultan Kedah

SYEIKH FADZIL
A
A

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menitahkan solat Jumaat pada 20 dan 27 Mac ini diganti dengan solat Zuhur di rumah masing- masing bagi mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, keputusan itu dibuat setelah Sultan Kedah memperkenankan menerima keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan pada 15 Mac lepas.

Menurutnya, sebagai langkah pencegahan, solat Jumaat pada 20 dan 27 Mac depan diganti dengan solat Zuhur di rumah demi mengelak perhimpunan berskala besar yang boleh menyebabkan mudahnya penularan wabak antara sesama jemaah.

"Selain itu, jawatankuasa masjid dan surau sahaja dibenarkan untuk meneruskan azan dan solat fardu secara berjemaah seperti biasa di surau dan masjid.

"Malah, mereka turut diminta tidak mengabaikan aspek kebersihan dan keselamatan diri dengan menyediakan kemudahan cecair pembasmi kuman dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jemaah lain hendaklah melaksanakan solat fardu berjemaah di rumah masing- masing di samping memperbanyakkan selawat ke atas Nabi dan doa dan zikir.

"Selain itu, turut disarankan supaya Qunut Nazilah (ketika iktidal rakaat terakhir) dibaca dalam setiap solat fardu dan sunat," katanya.

Katanya, setiap masjid dan surau juga dikehendaki melaksanakan operasi pembersihan dan penyahkuman seperti disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai langkah keselamatan bagi mengelak jangkitan.

ARTIKEL BERKAITAN:Individu berisiko dilarang solat jemaah di masjid

Syeikh Fadzil berkata, keputusan muzakarah terbabit turut memutuskan sekiranya berlaku kematian akibat Covid-19, maka kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa individu menguruskan jenazah.

"Untuk itu, jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayyamum atas permukaan beg jenazah ataupun pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!