X

Kindly register in order to view this article
!

Uptown Shah Alam ditutup sementara sehingga 31 Mac ini: PKNS

Uptown Shah Alam. - Foto Sumber Internet
A
A

SHAH ALAM – Uptown Shah Alam ditutup berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 31 Mac ini susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan penutupan sementara tersebut melibatkan seramai 430 peniaga di tapak berkenaan.

"Keputusan dan arahan ini diambil atas faktor keselamatan dan kesihatan pihak peniaga serta pengunjung Uptown Shah Alam bagi mencegah kemungkinan Covid-19 merebak dengan lebih meluas," katanya di sini semalam.

Kenyataan itu turut menyebut, semua peniaga di Uptown Shah Alam boleh menghubungi Bahagian Jualan Hartanah Wilayah Utara PKNS untuk maklumat lanjut.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan perintah kawalan selama dua minggu di seluruh negara mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020 yang membabitkan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus