Perusahaan utama di China kembali beroperasi seperti biasa

 Lebih 90 peratus sektor perusahaan utama di wilayah China yang terjejas akibat wabak koronavirus (Covid-19), kecuali beberapa kawasan tertentu termasuk Hubei, menyambung semula operasi dan pengeluaran.
Lebih 90 peratus sektor perusahaan utama di wilayah China yang terjejas akibat wabak koronavirus (Covid-19), kecuali beberapa kawasan tertentu termasuk Hubei, menyambung semula operasi dan pengeluaran.
A
A
A

BEIJING - Lebih 90 peratus sektor perusahaan utama di wilayah China yang terjejas akibat wabak koronavirus (Covid-19), kecuali beberapa kawasan tertentu termasuk Hubei, menyambung semula operasi dan pengeluaran.

"Terima kasih di atas langkah-langkah pemulihan spesifik yang dilaksanakan di wilayah itu," kata jurucakap Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Negara Meng Wei hari ini.

Wilayah termasuk Zhejiang, Jiangsu, Shanghai, Shandong, Guangxi dan Chongqing hampir menyaksikan 100 peratus sektor perusahaan kembali beroperasi seperti biasa, menurut agensi berita Xinhua.

Data penggunaan elektrik menunjukkan pemulihan di seluruh sektor.

Industri logam bukan besi menyaksikan peningkatan penggunaan elektrik ke paras biasa seperti tahun lalu.

Penggunaan elektrik dalam industri farmaseutikal, kimia dan elektronik juga kembali mencapai tahap 90 peratus. - Bernama

Artikel Berkaitan: