X

Kindly register in order to view this article
!

Idris Elba positif Covid-19

Idris Elba berkongsi mengenai keadaannya menerusi video pendek di akaun media sosialnya.
A
A

PELAKON terkemuka Hollywood Idris Elba mengesahkan beliau positif jangkitan Covid-19.

Dalam satu muat naik di laman Twitter, bintang dari United Kingdom itu bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak mengalami sebarang simptom.

Jelas Idris, beliau menjalani ujian COVID-19 kerana mempunyai kontak dengan seorang yang positif virus itu.

“Duduk di rumah dan kekal pragmatik. Saya akan berikan kemaskini mengenai kesihatan saya. Jangan panik,” ujarnya menerusi akaun media sosial miliknya.

Susulan mendapat tahu mengenai keputusan positif individu tersebut pada Jumaat lalu, Idris meletakkan diri dalam kuarantin dan menjalani ujian serta-merta.

Selain itu, beliau turut menasihatkan agar semua orang melakukan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri bagi mengekang penularan virus tersebut.

“Kita hidup dalam dunia yang berpecah-belah. Namun, sekarang masanya untuk bersolidariti, untuk memikirkan tentang orang lain. Ramai yang terjejas (akibat virus ini),” katanya.

Idris, 47 tahun, terkenal dengan wataknya dalam filem Beasts of No Nation, Thor, Pacific Rim dan siri televisyen Luther.

Sumber: Astro Awani


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!