Bahagian komponen kereta potong hangus dalam kebakaran

Anggota bomba membantu memadamkan kebakaran yang melibatkan lima buah kepala kereta (half cut) di Taman Bolton di sini lewat malam tadi. - Foto Facebook Pasukan Bomba Sukarela Gombak
Anggota bomba membantu memadamkan kebakaran yang melibatkan lima buah kepala kereta (half cut) di Taman Bolton di sini lewat malam tadi. - Foto Facebook Pasukan Bomba Sukarela Gombak
A
A
A

GOMBAK - Lima bahagian komponen kereta yang dipotong (half cut) hangus dalam kejadian kebakaran di Jalan TTIB 1/9, Taman Industri Bolton di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norizham Mohd Nudin berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 11.49 malam.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Pasukan Bomba Sukarela Gombak ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan lima bahagian kepala kereta yang dipotong dan diletakkan di depan bengkel. Kesemua kenderaan itu terbakar 100 peratus.

"Kebakaran tidak melibatkan sebarang struktur bangunan atau kemalangan jiwa, api terkawal 12 minit selepas itu," katanya.

Artikel Berkaitan: