Pemilik kapal layar, empat penumpang diselamatkan

Sebuah kapal layar dinaiki pemilik kapal dengan empat penumpang yang hanyut diselamatkan Maritim Malaysia Kedah dan Perlis melalui operasi cari amat sejak Ahad lalu.
Sebuah kapal layar dinaiki pemilik kapal dengan empat penumpang yang hanyut diselamatkan Maritim Malaysia Kedah dan Perlis melalui operasi cari amat sejak Ahad lalu.
A
A
A

LANGKAWI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis berjaya menyelamatkan seorang pemilik kapal layar bersama empat penumpang melalui operasi cari amat berhampiran Pulau Lima, di sini pagi semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) pada jam 11.15 malam, Ahad lalu berhubung kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya menerima makluman empat penumpang dan seorang pemilik kapal layar berada di kapal layar yang mengalami kerosakan di kedudukan 3.1 batu nautika selatan Pulau Enggang, Langkawi.

"Pemilik kapal layar berkenaan dikatakan telah hanyut bersama dingi (bot getah kecil) yang kehabisan minyak ketika beliau bertindak menolak kapal layar ke Pulau Langkawi.

"Susulan itu, maklumat kejadian turut disalurkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM), Royal Langkawi Yacht Club (RLYC) dan komuniti nelayan sebelum kedudukan mangsa yang terdampar ditemukan di Pulau Lima Langkawi pada hari kedua operasi terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebuah kapal layar dinaiki pemilik kapal dengan empat penumpang yang hanyut diselamatkan Maritim Malaysia Kedah dan Perlis melalui operasi cari amat sejak Ahad lalu.
Sebuah kapal layar dinaiki pemilik kapal dengan empat penumpang yang hanyut diselamatkan Maritim Malaysia Kedah dan Perlis melalui operasi cari amat sejak Ahad lalu.

Dalam perkembangan sama, katanya, Maritim Malaysia juga telah berjaya mengesan kapal layar mangsa yang hanyut menggunakan Helikopter AgustaWestland AW139.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke kapal layar bersama aset Maritim Malaysia Bot Kilat sebelum ia selamat tiba di kawasan bersauh Kuah, Langkawi dengan pemantauan Bot Kilat Maritim Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu sepasukan anggota PPM telah membawa empat penumpang yang berada di atas kapal layar ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut Langkawi untuk diserah kepada waris masing-masing kira-kira jam 3.45 pagi, semalam.

Beliau berkata, aduan dan kecemasan di laut boleh hubungi talian 24 jam MERS 999 dan Pusat Operasi Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750.