SPRM, warga pendidik bersama tingkatkan integriti pendidikan

Alias (duduk, tengah) bersama warga pendidik ketika Kursus Integriti Dalam Perkhidmatan Pendidikan, baru-baru ini.
Alias (duduk, tengah) bersama warga pendidik ketika Kursus Integriti Dalam Perkhidmatan Pendidikan, baru-baru ini.
A
A
A

GOMBAK - Kira-kira 130 warga pendidik telah menyertai Kursus Integriti Dalam Perkhidmatan Pendidikan yang julung kali dianjurkan hasil kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest, Gombak.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim berkata, penganjuran program berkenaan bertujuan memartabatkan profesion perguruan khususnya dalam soal integriti dalam pendidikan selaras dengan pendekataan pendidikan negara.

"Selaras dengan pendekatan pendidikan negara untuk menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu ajaran Islam sebenar, penguasaan bahasa Inggeris dan pendidikan sains dan teknologi, kita juga mahu mededahkan kepada warga pendidik soal kepentingan integriti dalam pendidikan.

"Jadi dalam program ini, mereka turut mengikuti bengkel integriti yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai Unit Pencegahan SPRM Negeri Selangor," katanya selepas hadir sebagai salah seorang panel Sesi Bual Bicara bertajuk Integriti dan Isu-Isu Rasuah Dalam Institusi Pendidikan dalam program terbabit, kelmarin.

No Image Caption

Hadir sama, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Gombak, Sajoli Masdor, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Selangor, Amir Hamzah Idris serta Penolong Penguasa SPRM Selangor, Ahmad Nuri Muda.

Selain itu, Alias berkata, program berkenaan turut mendedahkan tentang cara bagaimana peserta boleh menyalurkan sebarang maklumat berkaitan integriti kepada pihak SPRM.

"Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga adalah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan sesi pembentangan oleh setiap kumpulan mengenai kajian kes bagaimana cara-cara menulis dan menyalurkan maklumat berkualiti kepada SPRM.

Artikel Berkaitan:

"Saya melihat rata-rata peserta program ini teruja dan berharap program ini sedikit sebanyak boleh memberi impak dalam memartabat profesion perguruan terutama berkaitan integriti," katanya.