Enam ditahan dalam Op Dadu

Anggota polis bertugas ketika membuat serbuan.
Anggota polis bertugas ketika membuat serbuan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Enam individu termasuk dua wanita ditahan menerusi Op Dadu dalam serbuan yang dijalankan di sebuah premis di Bandar Baru Uda, di sini, malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dibantu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.

“Dalam operasi ini kita berjaya menahan enam orang terdiri daripada dua perempuan disyaki penjaga premis dan empat lelaki yang disyaki pemain

“Mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 19 hingga 39 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kamaluddin berkata, pelbagai peralatan yang digunakan untuk kegiatan perjudian turut dirampas dalam serbuan itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan Seksyen 6(1) ARJT 1953,” katanya.

Artikel Berkaitan: