Lelaki bunuh 19 OKU dihukum mati

Satoshi Uematsu (kiri) dibawa ke balai polis di Tsukui, wilayah Kanagawa, Jepun empat tahun lalu. - Foto AFP
Satoshi Uematsu (kiri) dibawa ke balai polis di Tsukui, wilayah Kanagawa, Jepun empat tahun lalu. - Foto AFP
A
A
A

TOKYO - Seorang lelaki di Jepun dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh 19 Orang Kurang Upaya (OKU) dalam serangan bersenjata di sebuah pusat kebajikan di negara itu beberapa tahun lalu.

Kejadian yang dianggap sebagai salah satu pembunuhan besar-besaran di Jepun itu berlaku pada 2016 dan turut mencederakan 26 yang lain.

Satoshi Uematsu, 30, mengaku menikam dan mencederakan semua mangsa namun peguamnya memohon pengakuan tidak bersalah dengan alasan anak guamnya mengalami masalah mental yang dikaitkan dengan penggunaan ganja.

Mahkamah bagaimanapun memutuskan bahawa bekas pekerja di kemudahan itu tidak berhak mendapat belas kasihan kerana serangan yang dilakukannya mengejutkan negara.

"19 orang terkorban. Ia sangat menyedihkan. Uematsu merancang pembunuhan dan mempunyai niat untuk membunuh," kata Ketua Hakim, Kiyoshi Aonuma.

Pendakwa memohon hukuman mati terhadap Uematsu dan berpendapat defendan mampu mengaku bertanggungjawab atas keganasan yang dilakukan di pusat Tsukui Yamayuri-en dekta luar Tokyo.

Sebelum perbicaraan berlangsung, Uematsu yang juga menghadapi enam pertuduhan termasuk membunuh memberitahu dia tidak akan merayu sebarang keputusan meskipun berasakan dia tidak sepatutnya dihukum mati.

Difahamkan, Uematsu menyerah diri di balai polis dengan membawa pisau yang dipenuhi darah selepas melakukan serangan.

Artikel Berkaitan:

Dia dimasukkan ke hospital selepas memberitahu rakan-rakannya dia ingin membunuh OKU di pusat kebajikan tersebut namun dibebaskan 12 hari kemudian apabila doktor mengesahkan lelaki itu bukan ancaman. - AFP