Tular sindiket culik murid di Subang Perdana

5
5
A
A
A

AUTA:

Baru-baru ini, satu sindiket penculikan murid sekolah mula tular di media sosial sehingga mencetuskan kegusaran banyak pihak terutama kalangan ibu-bapa.

Menerusi perkongsian mesej itu, pihak terlibat turut mengingatkan ibu-bapa supaya sentiasa berhati-hati dengan sindiket tersebut yang dikatakan sedang aktif berhampiran Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Subang Perdana.

Difahamkan, sindiket berkenaan menggunakan modus operandi memperdayakan murid-murid di sekolah terlibat sebelum melakukan penculikan tersebut.

“Mereka akan memanggil murid terlibat berdasarkan tanda nama mereka.

“Dan bila anak-anak itu datang, pihak berkenaan akan maklumkan bahawa mereka diarahkan oleh ibu-bapa untuk menjemput murid terlibat,” tulisnya.

FAKTA:

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitenden Shafa’aton Abu Bakar ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan bahawa tiada sebarang kejadian berlaku di kawasan tersebut seperti dakwaan yang tular itu.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata buat masa ini pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berhubung perkara tersebut.

“Setakat ini tiada laporan polis berkaitan (kes) ini dan tiada juga kejadian sebegini terkesan di daerah ini,” katanya.