Covid-19: KKM tambah 830 jururawat

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengadakan sidang media harian mengenai situasi jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini. --fotoBERNAMA
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengadakan sidang media harian mengenai situasi jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini. --fotoBERNAMA
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menambah 830 jururawat dalam usaha menangani penularan Covid-19 di negara ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, lantikan secara kontrak itu bagi menambah kapasiti petugas di 135 hospital kerajaan di seluruh negara memandangkan bilangan kes positif Covid-19 semakin ketara sejak minggu lepas.

"Mereka akan berkhidmat selama dua tahun, terdiri daripada jururawat yang tamat belajar dari kolej kejururawatan KKM," katanya pada sidang media harian berkenaan Covid-19 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, Malaysia mempunyai petugas perubatan yang mencukupi termasuk lebih 60,000 doktor dalam sektor awam dan swasta.

"Kita cukup (pengamal perubatan profesional) di setiap negeri pada masa ini tetapi apa yang kita perlukan sekarang ialah (lebih) doktor penyakit berjangkit,” katanya.

Selain itu, katanya, KKM kini mempunyai 926 alat bantuan pernafasan termasuk 152 'non-invasive ventilation' (NIV) dan 142 'transport ventilators'.

"KKM sedang menempah dan akan menambah 800 lagi alat itu secepat mungkin bagi menampung keperluan terkini," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata lebih 7,000 peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, di sini, telah tampil membuat ujian saringan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, KKM masih belum mengetahui bilangan mereka yang positif penyakit itu. - Bernama