Lagi pegawai Iran maut akibat Covid-19

Tehran telah mengambil beberapa langkah termasuk menutup semua sekolah dan institusi pengajian tinggi, larangan pegawai kerajaan ke luar negara dan sebarang aktiviti sukan perlu ditangguhkan.
Tehran telah mengambil beberapa langkah termasuk menutup semua sekolah dan institusi pengajian tinggi, larangan pegawai kerajaan ke luar negara dan sebarang aktiviti sukan perlu ditangguhkan.
A
A
A

ISTANBUL - Seorang anggota Majlis Pakar atau Perhimpunan Pakar Iran, Ayatollah Seyyed Hashem Bat'haee Golpaygani, meninggal dunia akibat penyakit novel koronavirus (Covid-19), memetik media tempatan hari ini, lapor agensi berita Anadolu.

Bat'haee, 78, meninggal dunia di hospital ketika menerima rawatan.

Sebelum ini, ramai dalam kalangan pegawai Iran disahkan dijangkiti virus itu termasuk naib presiden, puluhan anggota Parlimen dan timbalan menteri kesihatan.

Majlis Pakar ialah badan yang mengawasi dan melantik pemimpin tertinggi Iran.

Iran antara negara paling teruk terjejas dengan 724 kematian dan lebih 13,900 jangkitan dilaporkan.

Tehran telah mengambil beberapa langkah termasuk menutup semua sekolah dan institusi pengajian tinggi, larangan pegawai kerajaan ke luar negara dan sebarang aktiviti sukan perlu ditangguhkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: