'Pusara di lebuh raya' lagu terakhir mangsa letupan diesel di PIC

Status terakhir Allahyarham di akaun Facebook miliknya membuatkan rakan-rakan menangisi pemergian Allahyarham.
Status terakhir Allahyarham di akaun Facebook miliknya membuatkan rakan-rakan menangisi pemergian Allahyarham.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Mangsa kebakaran dalam letupan Diesel Hydro Treater unit di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), di Kota Tinggi, sempat memuat naik lagu bertajuk 'Pusara di lebuh raya' nyanyian Ekamatra di akaun Facebook miliknya kelmarin.

Status yang dimuat naik Azarul Ashraf Nor Akmal itu meruntun hati rakan laman sosialnya itu sebaik mendapat berita tragedi menimpa mangsa malam tadi.

"Sempat lagi satu lagu sebelum (pergi) kenduri. #ekamatra #pusaradilebuhraya #anakjohor #layan," tulis Allahyarham.

Lagu sedih menyimpan seribu makna itu membuatkan rakan-rakannya menangisi pemergiannya secara mengejut itu.

Rakan Hafizhi Asri berkata, dia tidak menyangka lagu Pusara di lebuh raya adalah dendangan terakhir Allahyarham.

Farah Ikhwan juga mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan beriman dan dianugerahkan syurga.

"Dulu di kala orang lain ejek aku, buli aku, kau tak pernah buat macam itu. Terkejut sangat." katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kebakaran di Kota Tinggi: Mangsa terakhir ditemukan rentung

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Hariah Darmawan berkata, "Maaf, saya hanya nak ucapkan takziah pada keluarga arwah! Saya cuma sebahagian orang Johor yang turut sedih dan simpati. Semoga ALLAH tempatkan arwah dan rakan-rakan setugasnya dalam syurga-Nya."

Rata-rata netizen dan rakan Allahyarham mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.

Selain Allahyarham, empat rakannya dipercayai rentung dikenali sebagai Fadhi Akmal Fadzil, Norfazly Md Nor, Che Huzaidy Che Harun dan Hadi Syafiq Jamil.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Saiful Amat bagaimanapun selamat, manakala Arnado Alexander melecur 40 peratus.