X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Korea Selatan beri pampasan kepada kemudahan perubatan

Pasukan perubatan mengambil sampel daripada seorang wanita di kemudahan ujian sementara di Seoul, Korea Selatan.
A
A

SEOUL- Korea Selatan memperuntukkan sejumlah 700 bilion won (AS$572 juta) sebagai pampasan kepada kemudahan perubatan yang mengalami kerugian akibat wabak novel koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Yonhap.

Perkara itu diumumkan pada mesyuarat kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, Chung Sye-kyun.

Di peringkat awal sebanyak 200 juta won diperuntukkan kepada hospital yang terletak di bandar selatan Daegu dan di sekitar wilayah Gyeongsang Utara, yang menjadi pusat penyebaran wabak.

Kebanyakan hospital di rantau itu terpaksa menutup atau menghentikan sementara perniagaan mereka selepas diarahkan menjadi pusat untuk merawat pesakit Covid-19.

Kerajaan juga menyediakan pinjaman dengan kadar faedah rendah kepada hospital yang mengalami kerugian jualan melebihi 10 peratus.

Korea Selatan menyaksikan trend penurunan dalam kes jangkitan baharu, apabila pada Isnin hanya 74 kes dilaporkan dengan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,236, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!