X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Covid-19: Perlis henti solat jemaah dan Jumaat

Kenyataan MAIPs berkaitan pengurusan masjid susulan penularan wabak Covid-19.
A
A

KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memutuskan untuk menghentikan segala aktiviti berkumpulan di masjid termasuk solat jemaah dan Jumaat bermula pada waktu solat Maghrib 16 Mac sehingga 29 Mac 2020 susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurut kenyataan MAIPS, keputusan tersebut diambil selepas menerima pandangan dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai perkembangan semasa jangkitan virus berkenan pada 15 Mac serta panduan dan 'irshad' daripada Jawatankuasa Fatwa Perlis.

MAIPs berkata, umat Islam diseru menunaikan solat jemaah di rumah dalam tempoh 14 hari bermula tempoh berkenaan dan laungan azan akan dilaksanakan di masjid dengan menggantikan seruan kepada 'solatlah di rumah kamu'.

"Inilah salah satu pandangan yang dibolehkan seperti yang dinyatakan oleh Imam Nawawi (RA) di dalam kitabnya Syarh Shih Muslim 5/207," katanya.

Sementara itu, hanya pegawai masjid yang bertugas iaitu imam, bilal dan siak akan hadir solat jemaah setelah dipastikan kebersihan dan kesihatan.

Kesemua masjid juga turut diminta melaksanakan proses cucian dalam tempoh 14 hari yang ditentukan dan dilaksanakan setiap kali solat oleh setiap pegawai atau jawatankuasa masjid yang hadir bertugas.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!