Negeri Sembilan gesa peserta Ijtimak Tabligh jalani pemeriksaan

Aminuddin
Aminuddin
A
A
A
SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan menyeru peserta Ijtimak Tabliqh di Masjid Jamek Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 27 Februari sehingga 3 Mac lalu yang belum menjalani pemeriksaan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran bagi mendapatkan nasihat serta tindakan selanjutnya.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jemaah yang diarahkan menjalani pengawasan dan pemerhatian di rumah dinasihatkan mematuhi arahan bagi membendung penularan wabak Koronavirus (Covid-19).

"Berdasarkan rekod sehingga semalam jam 5 petang semalam negara kita mencatatkan sebanyak 428 kes positif Covid-19 dan trend peningkatan kes baharu juga berlaku di Negeri Sembilan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aminuddin berkata, kerajaan negeri mahu rakyat mengambil langkah keselamatan yang disarankan Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan penularan wabak tersebut termasuk menangguhkan lawatan ke negara yang terjebak wabak.

"Tangguhkan dahulu perhimpunan atau penganjuran aktiviti yang melibatkan orang ramai, kerap membasuh tangan dengan air dan sabun atau cecair pencuci tangan (hand sanitiser)," katanya.
Artikel Berkaitan:


Sementara itu, Aminuddin turut berharap perkara itu mendapat kerjasama dan perhatian serius dari semua pihak bagi memastikan penularan wabak itu di Negeri Sembilan dapat ditangani sebaiknya.