#LockDownMalaysia trending di Twitter

Orang ramai disarankan untuk mengurangkan aktiviti luar yang boleh mendedahkan diri kepada jangkitan penyakit tersebut. -Foto Bernama
Orang ramai disarankan untuk mengurangkan aktiviti luar yang boleh mendedahkan diri kepada jangkitan penyakit tersebut. -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Susulan Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan penularan mesej di laman sosial mendakwa Malaysia akan dikenakan perintah sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown), tanda pagar #LockDownMalaysia telah trending di tangga teratas Twitter.

Sebanyak 31,800 ciapan sehingga jam 11.30 pagi ini dan jumlah tersebut terus meningkat setiap masa.

Netizen menggunakan #LockDownMalaysia ekoran bimbang keadaan terkini wabak koronavirus (Covid-19) yang meningkat setiap hari di negara ini.

Menerusi Twitter KKM, sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif Covid-19 dan setakat jam 8 pagi ini menjadikan jumlah kumulatif kepada 428 kes.

Sejak petang semalam, tular satu infografik yang dikongsi netizen melalui Facebook dan WhatsApp dengan tanda pagar #Malaysialockdown hari ini, bermula 8 hingga 10 malam.

#LockDownMalaysia trending di Twitter.
#LockDownMalaysia trending di Twitter.

Infografik itu juga menyebut Covid-19 Hour dengan mengandungi beberapa larangan iaitu jangan keluar dari rumah, jangan keluar ke tempat awam seperti pasar raya dan restoran serta sembahyang dan berdoa.

Ia juga menyuruh rakyat Malaysia supaya berada di kediaman masing-masing.

Artikel Berkaitan:

Menerusi #LockDownMalaysia, rata-rata netizen tampil memberi pendapat dan pandangan mereka terhadap pelaksanaan 'lockdown' sama ada perlu atau tidak bagi membendung penularan wabak tersebut.

Netizen bernama Hamizahani berpendapat, pelaksanaan 'lockdown' di negara ini bukan antara idea terbaik yang perlu dilakukan.

"Jujur saya tidak fikir #LockDownMalaysia adalah antara idea yang terbaik. Kita bukan dikategorikan negara maju seperti negara-negara yang sedang mengalami kekacauan. Di sini, kita memiliki keluarga dan sewajarnya bimbang jika pelaksanaan ini berlaku," katanya.

Kata Fuze pula, "Saya berkata tentang #LockDownMalaysia tetapi masih ada segelintir melakukan perhimpunan, pergi ke tempat-tempat yang ramai orang.

"Berhenti menyalahkan KKM. Pihak berkaitan meminta anda duduk di rumah walaupun tahu anda semua masih sihat. Ia langkah pencegahan namun ada segelintir tidak mengikuti saranan ini. KKM telah melaksanakan tugas dengan betul," katanya lagi.

Ujar Salmah, dia bersetuju jika pelaksanaan #LockDownMalaysia terutama di Selangor yang berisiko tinggi penularan wabak Covid-19.

"Pelaksanaan #LockDownMalaysia perlu dilakukan seperti di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Rakyat Malaysia agak degil untuk mendengar nasihat terutama dalam penjagaan diri dan mereka masih lagi gembira, keluar berjalan seperti tidak bimbang. Sedangkan wabak ini semakin merebak," katanya.

Selain China, Itali dan Korea Selatan, negara Denmark dan Iran antara negara yang melaksanakan 'lockdown' bagi membendung penularan wabak Covid-19.