X

Kindly register in order to view this article
!

Acara perbarisan pembukaan DUN Selangor dibatalkan

Sultan Sharafuddin berkenan merakamkan gambar bersama Menteri Besar dan ADUN sewaktu Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga DUN Selangor ke-14 yang bermula hari ini. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-14 yang bermula hari ini.

Bagaimanapun, istiadat pembukaan kali ini berlangsung tanpa acara perbarisan dan pemeriksaan kawalan kehormat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembatalan acara perbarisan dan pemeriksaan kawalan kehormat itu merupakan keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim bersama perkenan daripada Sultan Selangor.

"Istiadat pembukaan DUN Selangor berjalan lancar dengan beberapa perubahan yang dicadangkan.

"Pembatalan ini adalah susulan daripada perkembangan semasa isu penularan wabak Covid-19 sejak kebelakangan ini," katanya selepas Majlis Pembukaan DUN Selangor yang berlangsung hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, Program Santapan Diraja pada malam ini juga akan turut dibatalkan susulan perkembangan itu.

Beliau berkata, persidangan kali ini juga akan dipendekkan, namun semua pihak masih perlu menghormati aturan mesyuarat dewan ditetapkan.

"Saya harap setiap butir perbahasan nanti akan menyentuh aspek penting untuk pembangunan dan kelancaran pentadbiran Selangor," katanya.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Khas Covid-19 bagi meneliti beberapa cadangan dari pihak berkenaan.

Tambah beliau, keputusan bagi mengumumkan darurat terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya kerajaan negeri.

"Lockdown boleh dibuat namun persediaan perlu dilakukan melibatkan semua perkara," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!