Pendaki patah kaki terjatuh ketika turun Gunung Tahan

Mangsa bersama rakan pendaki lain menunggu bantuan untuk dibawa turun. Gambar kanan, mangsa dilaporkan patah kaki kanan selepas terjatuh ketika turun dari Gunung Tahan.
Mangsa bersama rakan pendaki lain menunggu bantuan untuk dibawa turun. Gambar kanan, mangsa dilaporkan patah kaki kanan selepas terjatuh ketika turun dari Gunung Tahan.
A
A
A

LIPIS- Seorang pendaki patah kaki selepas terjatuh ketika turun dari Gunung Tahan di Kem Kubang di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kejadian menimpa mangsa berusia 59 tahun dari Bandar Baru Bangi, Selangor itu berlaku kita-kira jam 5 petang ketika dia bersama sekumpulan pendaki lain dalam perjalanan turun dari gunung tersebut.

Menurutnya, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8 malam daripada pihak bomba.

"Berdasarkan maklumat diterima, mangsa bersama sembilan pendaki lain termasuk dua wanita dan seorang malim gunung memulakan pendakian pada 10 Mac lalu.

"Dalam perjalanan turun, mangsa dilaporkan terjatuh di kawasan kem kubang yang berada kira-kira 19 kilometer dari pintu masuk ke Gunung Tahan,"katanya.

Azli berkata, operasi menyelamat digerakkan dengan kekuatan 25 anggota terdiri daripada pihak polis, bomba dan Perhilitan dengan dibantu 12 malim gunung.

"Malim gunung bergerak ke lokasi pada jam 9.45 malam untuk bantuan awal,"katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat diterima, mangsa dijangka dibawa keluar menggunakan helikopter bomba selepas dibawa turun.

Artikel Berkaitan: