Penggiat media sosial anjur program santai bersama Najib

Najib bergambar bersama motosikal Ducati V4R milik Nazir Hussin (kiri). Turut kelihatan Mohd Zaffarollah (belakang dan bercermin mata).
Najib bergambar bersama motosikal Ducati V4R milik Nazir Hussin (kiri). Turut kelihatan Mohd Zaffarollah (belakang dan bercermin mata).
A
A
A

SERDANG - Sekumpulan penggiat media sosial mengadakan perjumpaan bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semalam.

Majlis santai yang diadakan di G2G Techno Cafe, MAEPS di sini itu bertujuan untuk beramah mesra dengan Najib yang semakin popular dengan panggilan ‘Bossku’.

Najib ketika menyampaikan ucapannya ringkas turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir atas sokongan yang diberikan.

“Insya-ALLAH kita akan cuba adakan majlis seumpama ini di masa hadapan agar hubungan mesra antara kita dapat terus terjalin,” katanya.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara cabutan nombor bertuah berupa baju ‘Malu Apa Bossku’.

Najib bermesra dengan mereka yang hadir. Turut sama Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin (kiri).
Najib bermesra dengan mereka yang hadir. Turut sama Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin (kiri).

Sementara itu, salah seorang jawatankuasa program, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin berkata, program yang diadakan itu untuk membolehkan penggiat media sosial UMNO untuk beramah mesra bersama Najib.

“Kalau boleh kami nak jemput lebih ramai orang namun disebabkan negara sedang berdepan dengan wabak koronavirus (Covid-19), program petang ini terpaksa dibuat dalam skala lebih kecil.

Artikel Berkaitan:

“Insya-ALLAH kami akan cuba anjurkan lagi di masa hadapan bagi membolehkan orang lain untuk berjumpa sendiri dengan bekas perdana menteri,” katanya.

Turut hadir pada majlis petang itu Ketua Pemuda UMNO Pekan, Nizar Najib; Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz; Pengurus G2G Tehcno Cafe & Farm, Nordin Mat serta Pemilik RMT Entertaiment, Rahmat Md Zainal.

Majlis santai yang diadakan di G2G Techno Cafe, MAEPS di sini itu bertujuan untuk beramah mesra dengan Najib yang semakin popular dengan panggilan ‘Bossku’.
Majlis santai yang diadakan di G2G Techno Cafe, MAEPS di sini itu bertujuan untuk beramah mesra dengan Najib yang semakin popular dengan panggilan ‘Bossku’.

Sebaik saja seisi berswafoto, Najib turut berkesempatan merasmikan Bufet Ramadan yang bakal diadakan di G2G Techno Cafe sepanjang bulan puasa tidak lama lagi.

Menurut Nordin seperti tahun-tahun sebelum ini para penggemar kambing boleh berkunjung bersama keluarga untuk berbuka puasa.

“Dengan harga serendah RM59.90 pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis juadah yang akan disediakan.

“Paling menarik, mereka boleh menjamu selera daging kambing segar tanpa had,” katanya.