Tonton siaran eksklusif perlawanan bola sepak di unifi TV

Pemegang pas VVIP Team Malaysia diundang menyaksikan perlawanan CIMB Piala Sumbangsih antara JDT dan Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor Bahru baru-baru ini.
Pemegang pas VVIP Team Malaysia diundang menyaksikan perlawanan CIMB Piala Sumbangsih antara JDT dan Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor Bahru baru-baru ini.
A
A
A

LEBIH ramai rakyat Malaysia boleh menikmati kandungan bola sepak tempatan menerusi peranti di platform unifi TV.

Unifi, jenama utama di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM) meraikan penstriman digital pertamanya dengan mengundang 10 pemegang pas VVIP Team Malaysia menyaksikan perlawanan CIMB Piala Sumbangsih antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor Bahru baru-baru ini.

Penstriman digital unifi untuk semua perlawanan Liga Malaysia dijayakan menerusi perjanjian kerjasama selama tiga tahun antara TM Multi-Media (TMM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) baru-baru ini.

Rakyat Malaysia kini boleh mengakses kesemua perlawanan Liga Malaysia menerusi Pek Ultimate unifi TV dan aplikasi unifi playTV dalam pelbagai peranti termasuk telefon pintar, tablet dan kotak TV Android.

Naib Presiden dan Ketua Pemasaran Komersial TM, Lai Shu Wei berkata, pelanggan Pek Ultimate boleh menonton perlawanan secara percuma.

Katanya, unifi TV secara eksklusif membawa kesemua perlawanan secara langsung dengan Ultimate Pack menerusi lima saluran sukan unifi.

Untuk mengetahui mengenai pas tontonan unifi TV Liga Malaysia, sila layari unifi.com.my/ligamalaysia, unifi.com.my atau lawati unifi.com.my/tv.

Artikel Berkaitan: