Pegawai Daerah direman bantu siasatan tuntutan palsu RM500,000

No Image Caption
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang Pegawai Daerah di reman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkait tuntutan palsu bernilai setengah juta yang dibuat pada Mei tahun lalu.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen, Roszita Md Saad sehingga Sabtu ini bagi membolehkan siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait tuntutan berkenaan.

Suspek berusia 59 tahun yang diamanahkan menguruskan wang peruntukan bantuan am RM500,000 dipercayai mengeluarkan wang tersebut dalam bentuk dua keping cek yang berjumlah RM300,000 dan RM200,000 itu direman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009

Beliau dikatakan menyerahkan dua keping cek atas nama Majlis Belia Daerah yang tidak membuat permohonan atas peruntukan itu bagi perbelanjaan untuk 32 program yang dijalankan di daerah ini namun dipercayai program tersebut tidak dilaksanakan.

Suspek ditahan di Pejabat SPRM Terengganu jam 5 petang, semalam selepas pada Rabu lalu seorang pengerusi majlis belia di sebuah daerah di negeri ini direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkait dengan tuntutan palsu bernilai RM500,000.

Artikel Berkaitan: