Padah cuba tipu pemilihan cawangan Bersatu

Kad pengenalan yang dilekatkan dengan nama individu lain.
Kad pengenalan yang dilekatkan dengan nama individu lain.
A
A
A

KLANG - Tujuh individu menerima padah apabila apabila ditahan polis kerana disyaki menipu dengan meletakkan nama individu lain pada kad pengenalan ketika pemilihan cawangan Bersatu di Klang,

Menurut sumber, perbuatan tersebut berjaya dikesan jawatankuasa pemilihan parti ketika pemberian kertas undi.

"Kita dapat kesan sewaktu beri kertas undi, apabila disemak semula, ada sesuatu yang tak kena. Jadi saya minta ahli beri kad pengenalan dan kita semak.

"Tujuh individu melakukan penipuan kad pengenalan, kad pengenalan tertera nama orang lain yang dilekatkan di atas kad pengenalan tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, penipuan tersebut dilakukan bagi memastikan individu terbabit dibenarkan masuk untuk mengundi.

"Sebelum ini ada pemilihan namun mereka (individu terlibat) tidak puas hati, jadi kita adakan semula pemilihan. Apa yang mereka buat ini untuk pastikan mereka menang namun kita berjaya kesan perbuatan ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

"Kes diterima melibatkan Pengundian Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Cawangan Pandamaran Klang.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan dijalankan mendapati ketika satu sesi pendaftaran pemilihan persidangan Bersatu bagi cawangan Pandamaran Klang diadakan, terdapat tujuh individu telah mengemukakan kad pengenalan yang ditampalkan sticker kad pengenalan menggunakan nombor kad pengenalan dan nama yang palsu," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan (Menipu dengan jalan samaran).

Sementara itu, Sinar Harian masih menunggu maklum balas daripada Pengerusi Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari berhubung kejadian ini.