Peserta perhimpunan tabligh diletakkan di bawah Seksyen 15(1)

Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama
Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Peserta perhimpunan tabligh diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian Seksyen 15(1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari mengikut tarikh akhir bagi yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling atau kontak rapat kepada kes positif Covid-19 mengikut mana yang terkemudian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkara itu diputuskan selepas perbincangan melalui satu sesi sidang video membabitkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak Masjid Jamek Sri Petaling.

"Pihak pengurusan Masjid Jamek (Sri Petaling) akan membantu dan bekerjasama dengan KKM dan Jakim untuk terus berkomunikasi dengan ahli jemaah tabligh terutama bagi memastikan semua yang terlibat dapat hadir untuk pemeriksaan, saringan atau ujian yang ditetapkan.

"KKM menasihatkan semua peserta perhimpunan tabligh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, seramai 4,942 peserta menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling telah berjaya untuk dikenal pasti.

Daripada jumlah itu seramai 3,069 peserta datang sendiri ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan dan saringan dengan 137 individu dirujuk ke hospital.

Artikel Berkaitan: