Covid-19: Langkah pencegahan di Pejabat SPRM dipertingkat

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil langkah berjaga-jaga dan mempertingkatkan pencegahan di seluruh pejabat SPRM negeri berikutan penularan virus Covid-19.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Junipah Wandi berkata, pihaknya telah menyediakan cecair pembasmi kuman di setiap pintu masuk pejabat dan premis bagi kegunaan pegawai serta anggota yang bertugas.

Beliau berkata, jika suhu badan mana-mana pegawai atau anggota SPRM didapati melebihi 37.5 darjah Celsius, pihaknya akan meminta pegawai berkenaan ke hospital.

"Selain itu, kami juga telah mengeluarkan pemakluman kepada mana-mana pegawai yang baru pulang dari luar negara untuk melaksanakan tapisan kesihatan yang disarankan Kementerian Kesihatan.

"Sekiranya pegawai menunjukkan simptom-simptom demam, selesema dan batuk walaupun belum disahkan jangkitan Covid-19, pegawai berkenaan diminta mengambil cuti kuarantin," katanya kepada Bernama hari ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik, bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan malah hingga ke seluruh dunia dan Malaysia setakat 12 tengah hari ini mencatat sejumlah 428 kes positif. - Bernama

Artikel Berkaitan: