X

Kindly register in order to view this article
!

PJBM sambut baik keputusan FAM

B Sathianathan
A
A

KEPUTUSAN tepat dan bijaksana, bukan hanya demi keselamatan penyokong tetapi pemain dan pegawai pasukan yang bertanding pada saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Itu reaksi Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan ketika diminta mengulas keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menangguhkan semua kejohanan di bawah kelolaan badan induk itu dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) ekoran penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, trend penularan Covid-19 di seluruh dunia kini berada pada tahap yang membimbangkan sehingga menjejaskan industri sukan dengan pembatalan serta penangguhan beberapa kejohanan termasuk saingan liga domestik di kebanyakan negara.

“Saya anggap keputusan FAM itu satu tindakan wajar kerana situasi sekarang semakin serius sebab apa yang penting sekarang adalah keselamatan para penyokong, pemain dan pegawai pasukan.

“Saya percaya pihak kerajaan di bawah kementerian bertanggungjawab telah pun melihat situasi ini sebelum menyarankan semua acara yang melibatkan orang ramai ditangguhkan bagi mencegah jangkitan Covid-19.

“Wabak Covid-19 semakin bahaya berdasarkan peningkatan jumlah kes dilaporkan di beberapa negara di seluruh dunia. Jadi seboleh-bolehnya berkumpul ramai-ramai ini seharusnya dielakkan berdasarkan situasi semasa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Laporan Sukan Sinar semalam.
Laporan Sukan Sinar semalam.

Mengulas kemungkinan berlaku kepadatan jadual perlawanan susulan penangguhan Liga-M, Sathianathan percaya FAM dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mempunyai mekanisme terbaik bagi mengatasi masalah tersebut.

“Saya tidak nafikan bahawa kepadatan jadual akan berlaku berikutan penangguhan perlawanan Liga-M ini. Namun, saya yakin FAM bersama-sama MFL akan mengadakan perbincangan lanjut dengan setiap pemegang taruh bagi menyusun semula perlawanan dengan memilih tarikh yang sesuai.

“Banyak perkara akan dikaji semula oleh FAM kerana kita perlu ingat penundaan ini tidak hanya memberi kesan kepada pasukan dalam Liga-M tetapi juga persediaan skuad Harimau Malaya bagi baki aksi peringkat kumpulan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

“Apapun secara peribadi saya berpendapat keutamaan perlu diberikan kepada persiapan skuad kebangsaan sebelum menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!