Tak cukup duit beli dadah, dua beradik curi tabung masjid

Kedua-dua beradik ini ditahan kerana mencuri wang tabung Masjid Al Falah Kampung Padang Kandang pada 10 Mac lalu.
Kedua-dua beradik ini ditahan kerana mencuri wang tabung Masjid Al Falah Kampung Padang Kandang pada 10 Mac lalu.
A
A
A

LANGKAWI - Dua beradik masing-masing berumur 15 dan 24 tahun ditahan polis kerana mencuri tabung Masjid Al Falah Kampung Padang Kandang pada 10 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kedua-dua berjaya ditahan di rumah keluarga mereka di Kampung Bayas, Mukim Ulu Melaka semalam.

Katanya, tindakan dua beradik lelaki dan perempuan itu diketahui apabila seorang jemaah wanita menyedari tabung di masjid itu pecah.

"Jemaah melaporkan kepada jawatankuasa masjid dan mereka melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Hasil rakaman mendapati dua beradik berkenaan melakukan kegiatan tersebut dan hasil maklumat orang ramai kita berjaya menjejaki mereka," katanya.

Menurut Mohd Iqbal, kedua-dua suspek mengaku melakukan perkara tersebut kerana tidak cukup wang untuk membeli dadah.

"Suspek lelaki mempunyai pelbagai rekod jenayah dan jenayah narkotik lampau manakala adiknya tidak mempunyai sebarang rekod.

"Kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan akan mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: