Ayah ajar anak guna ayat ‘gemuk is awesome’

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Perbuatan mempersendakan rupa fizikal individu lain bukan hanya berlaku dalam kalangan orang dewasa bahkan kanak-kanak.

Seorang penyelia keselamatan dan kesihatan di syarikat swasta, Syahrizal Kamal Azmi, 34, terkejut apabila anaknya, Amani Sofia, 3, bertanya kepada ibunya: “Mummy, Amani gemuk ke?”.

Menurut Syahrizal, anak sulungnya itu bertanya sedemikian kerana ada rakannya di sekolah menggelarnya gemuk.

“Saya terfikir bagaimana budak kecil sudah pandai menggunakan ayat seperti itu. Saya pun tanya Amani, apa Amani jawab, dia kata dia diam sahaja.

Syahrizal Kamal Azmi
Syahrizal Kamal Azmi

“Jadi saya cakap kepada dia, selepas ini kalau ada orang cakap Amani gemuk lagi, balas saja dengan nada gembira ‘gemuk is Awesome’. Saya ajar sebegitu supaya dia tidak rasa rendah diri dengan penampilannya,” katanya kepada Sinar Ahad baru-baru ini.

Sementara itu, seorang wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Amira berkata, keluarganya berasa terkilan apabila gambar abangnya yang berbadan besar menaiki motosikal ditularkan di media sosial baru-baru ini.

Menurut Amira, selepas insiden itu abangnya murung dan banyak mendiamkan diri selepas tahu gambarnya tersebar dan menjadi bahan jenaka.

ARTIKEL BERKAITAN: Hina fizikal orang lain boleh dipenjara

Artikel Berkaitan: