Islam larang perbuatan persenda, aib fizikal orang lain

Wan Salim
Wan Salim
A
A
A

SHAH ALAM - Agama Islam melarang umatnya mempersendakan orang lain kerana setiap makhluk adalah ciptaan ALLAH.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, jika diamati sebaiknya, punca perbuatan mempersenda dan menghina orang lain ini didapati datang daripada sifat sombong dan angkuh yang ada dalam diri pelaku.

“Orang begini menganggap dirinya serba sempurna dan orang lain serba kurang. Orang seperti ini perlu diingatkan kepada sebuah sabda Nabi Muhammad SAW.

“Sabda tersebut yang bermaksud tidak akan masuk ke syurga seseorang yang ada pada dirinya perasaan sombong walau sekecil zarah sekalipun,” katanya kepada Sinar Ahad baru-baru ini.

Tambah beliau, orang yang nempersendakan orang lain kerana kehodohannya sebenarnya mempersendakan ALLAH kerana setiap makhluk adalah ciptaan ALLAH.

“Menurut Islam, kemuliaan seseorang bukan terletak pada ketampanan dirinya atau kecantikan rupa paras dan kekuatan fizikalnya tetapi diukur setakat mana ketaqwaannya kepada ALLAH serta kebaktiannya kepada sesama makhluk.

“Justeru, janganlah mempersendakan orang lain sama ada kerana kejadian tubuh badannya atau kelakuannya,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya mendapati ada seseorang melakukan perkara yang tidak baik maka wajib untuk orang yang melihat perkara tersebut menasihati individu berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Kita sepatutnya melihat kepada keaiban dan kekurangan diri kita sendiri dan cuba memperbaikinya, bukan melihat kepada kekurangan orang lain dan mempersendakannya.

“Kalau tidak mahu menghargai orang lain, janganlah mencela dan menghina mereka,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hina fizikal orang lain boleh dipenjara