Adun lompat parti: DAP Perak jaga DUN Tronoh, Buntong

Sivanesan
Sivanesan
A
A
A

IPOH - DAP Perak akan terus menjaga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tronoh dan Buntong susulan tindakan lompat parti oleh kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut.

Naib Pengerusi DAP Perak, A Sivanesan berkata, perkara itu telah diputuskan melalui perbincangan di peringkat dalaman parti bagi memastikan perkhidmatan terhadap rakyat di dua DUN berkenaan diteruskan.

Menurutnya, beliau yang juga ADUN Sungkai bersama Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar akan bersama-sama menjaga kawasan DUN Buntong, manakala ADUN Menglembu, Chaw Kam Foon pula di kawasan Tronoh.

"Bagi DUN Buntong, kawasan tersebut berhampiran dengan Wisma DAP Perak yang turut akan membantu, selain berada dalam kawasan Parlimen Ipoh Barat yang diwakili bekas Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran. Beliau pun ada pusat khidmat di situ.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga ADUN Perak umum keluar PH

DAP Perak desak ADUN lompat parti letak jawatan

Dua bekas ADUN DAP dedah wujud komplot jatuhkan Ahmad Faizal

"Jadi pengundi-pengundi di DUN Buntong tidak akan dianiaya dan dibiarkan dan perkhidmatan kepada rakyat akan diteruskan," katanya kepada Sinar Harian.

Ditanya mengenai pertemuan bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Sivanesan berkata, bekas Menteri Kewangan itu memberikan semangat dan nasihat kepada ADUN-ADUN DAP Perak, selain mengingatkan mereka supaya tidak meninggalkan rakyat dan terus membantu mereka.

Artikel Berkaitan:

Guan Eng (tengah) bersama-sama ADUN dan pimpinan DAP Perak dalam pertemuan di pejabat parti itu di sini kelmarin. - Foto Facebook DAP Perak
Guan Eng (tengah) bersama-sama ADUN dan pimpinan DAP Perak dalam pertemuan di pejabat parti itu di sini kelmarin. - Foto Facebook DAP Perak

Katanya, semua ADUN DAP Perak turut diingatkan bahawa kemenangan Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum (PRU) lalu disebabkan sokongan padu daripada pengundi.

Sebelum ini, ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong bersama ADUN Buntong, A Sivasubramaniam mengumumkan keluar parti dan menyertai bebas bagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.