SPRM reman pembantu tadbir kanan wanita

Suspek (kanan) dikawal ketat anggota SPRM ketika tiba di mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Suspek (kanan) dikawal ketat anggota SPRM ketika tiba di mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pembantu tadbir kanan wanita sebuah pusat pemulihan akhlak Machang mendapat perintah tahanan reman enam hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan berhubung 94 tuntutan palsu berjumlah RM148,000.

Reman terhadap suspek berusia 38 tahun itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Nor Faezah Abdullah berkuat kuasa hari ini hingga Sabtu ini.

Suspek berpakaian lokap berwarna jingga tiba di mahkamah bersama anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 9.50 pagi selepas ditahan pada jam 1.50 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kelantan di sini.

Artikel Berkaitan: