Jasa Leo Moggie pimpin TNB akan terus dikenang

Warga kerja TNB berswafoto dengan Moggie pada majlis perpisahannya di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB, Bangsar pada Rabu lalu.
Warga kerja TNB berswafoto dengan Moggie pada majlis perpisahannya di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB, Bangsar pada Rabu lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengerusi Bukan Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Leo Moggie bersara kelmarin selepas 16 tahun memimpin TNB.

Anak kelahiran Kanowit, Sarawak itu pernah memegang portfolio menteri Kabinet selama 26 tahun bermula pada tahun 1978 selepas menjadi menteri peringkat negeri Sarawak (1976-1978).

Jawatan terakhirnya dalam Kabinet ialah Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (1998-2004) sebelum menjadi Pengerusi TNB bermula pada April 2004.

Moggie (dua dari kiri) melambai kepada warga kerja TNB di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB, Bangsar pada Rabu lalu. Beliau bersara selepas 16 tahun memimpin TNB.
Moggie (dua dari kiri) melambai kepada warga kerja TNB di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB, Bangsar pada Rabu lalu. Beliau bersara selepas 16 tahun memimpin TNB.

Dalam ucapannya pada majlis perpisahan beliau di sini pada Rabu lalu, Moggie berharap legasi dan tradisi kerja TNB diteruskan bagi memacu kemajuan negara pada masa hadapan.

“Kemajuan industri elektrik di negara ini adalah hasil tugas dan amanah yang dilaksanakan warga kerja Lembaga Lektrik Negara (LLN) dan TNB dari dahulu sampai sekarang. Anda yang memastikan cahaya sentiasa menerangi kehidupan kita.

“Sepanjang 16 tahun saya berkhidmat, saya rasa bertuah kerana disokong oleh warga kerja, kesatuan, pihak pengurusan dan lembaga pengarah bagi memastikan TNB melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik dan profesional,” katanya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan isteri, Datin Seri Aidah Abu serta isteri Moggie, Puan Sri Elizabeth dan pengurusan tertinggi TNB.

Artikel Berkaitan:

Tempat Moggie akan diganti Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang dilantik sehingga 11 Mac 2023.