X

Kindly register in order to view this article
!

Pesakit Covid-19 di Perlis stabil

Dr Sirajuddin
A
A

KANGAR - Seorang pesakit baru yang disahkan positif virus koronavirus (Covid-19) di Perlis kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Pengesahan itu dibuat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis, Dr Sirajuddin Hashim.

Beliau yang enggan mengulas lanjut meminta orang ramai merujuk laman web Kementerian Kesihatan (KKM) dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan terkini.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang ditemui pagi tadi memaklumkan perkembangan Covid-19 akan diumumkan pada sidang akhbar Isnin ini selepas menerima maklumat penuh daripada JKN.

Exco Kesihatan Negeri, Teh Chai Aan yang dihubungi hari ini mahu rakyat Perlis menjaga kesihatan dengan mengelakkan kontak individu disyaki berisiko.

"Walaupun Perlis negeri yang bersempadan dengan negara jiran, namun keadaan masih terkawal dan semua pihak diminta tidak panik," katanya.

Orang ramai juga dinasihatkan tidak menyebarkan sebarang khabar angin yang boleh menimbulkan situasi mencemaskan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!