Agihan jawatan Kabinet: MP Maran kekal fokus berkhidmat

Ismail
Ismail
A
A
A

MARAN - Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib mahu kekal fokus walaupun ada beberapa pemimpin UMNO tidak berpuas hati terhadap agihan jawatan dalam Kabinet.

Beliau meminta ahli UMNO lebih rasional dan berjuang untuk rakyat dan bukan kerana peribadi.

"Kita bekerja ALLAH SWT dan merancang yang terbaik," katanya ketika ditemui sempena perjumpaan bersama pemimpin masyarakat Parlimen Maran di Kompleks Rakan Muda di sini semalam.

Ismail(berdiri) menyantuni sebahagian tetamu yang hadir dalam majlis tersebut semalam.
Ismail(berdiri) menyantuni sebahagian tetamu yang hadir dalam majlis tersebut semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mujibur Abdul Rahman Ishak dan ADUN Luit, Mohd Sofian Abd Jalil.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersyukur dengan pelantikan tersebut dan berpendapat ada beberapa aspek perlu dikaji semula membabitkan kementerian terbabit.

"Saya baru dilantik, baru beberapa hari angkat sumpah dan masih terlalu awal untuk memberi komen mengenai kementerian ini namun sudah tentulah ada peranannya.

"Setiap kelemahan kita pertingkatkan dan perbaiki. Saya sudah berjumpa dengan menteri, berikan pandangan dan akan menyelesaikan masalah antaranya aspek perumahan dan perbandaran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ismail juga mahu menyelesaikan beberapa projek perumahan terbengkalai di Parlimen itu sejak berpuluh tahun lalu.