Eropah pusat pandemik Covid-19: WHO

Eropah kini menjadi pusat penularan wabak Covid-19. - Foto 123RF
Eropah kini menjadi pusat penularan wabak Covid-19. - Foto 123RF
A
A
A

GENEVA - Eropah kini menjadi pusat penularan wabak koronavirus (Covid-19), kata Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam, lapor agensi berita Anadolu.

"Eropah kini mempunyai lebih banyak kes Covid-19 yang dilaporkan setiap hari berbanding di China," kata Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Lebih 132,500 kes dilaporkan di 132 negara dan wilayah dengan lebih 5,000 kematian.

Beliau berkata, penyakit itu boleh berlaku di mana-mana negara dan ia adalah 'musuh biasa'.

Semua negara perlu 'mengesan, melindungi dan merawat' untuk memusnahkan rantai penularan. - Bernama

Artikel Berkaitan: