'Kau tetap wira rakyat Perak'

Saarani
Saarani
A
A
A

IPOH - Pas Perak menganggap Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai wira dalam pembentukan kerajaan Perikatan Nasional di negeri itu.

Setiausahanya, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, biarpun UMNO mempunyai bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ramai dalam gabungan itu, Saarani tetap berlapang dada menerima keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah melantik Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak ke-13.

Beliau berkata, tindakan itu memperlihatkan Saarani seorang pemimpin yang berjiwa besar.

Mohd Akmal
Mohd Akmal

"Dalam kegembiraan kita di atas pelantikan Menteri Besar baharu Perak, jangan lupa kita kepada insan ini. Beliau berlapang dada menerima keputusan Sultan Perak.

"Beliau tetap menerima gabungan baharu ADUN Perak bagi membentuk kerajaan baharu Perak. Kau tetap wira rakyat Perak," katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria semalam dalam sidang di Istana Iskandariah berkata, pelantikan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak ke-13 adalah tepat atas pengorbanannya meletakkan jawatan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Faizal dah berkorban: Pas

Artikel Berkaitan: